The Latin American Examiner
SEE OTHER BRANDS

The top news stories from Latin America

Bitget Menyenaraikan NodeOps (NODE) untuk Dagangan Spot

Bitget Lists NodeOps (NODE) for Spot Trading

VICTORIA, Seychelles, July 01, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengumumkan penyenaraian NodeOps (NODE) dalam Zon Inovasi, AI dan DePIN, sekaligus menambahkannya ke dalam dagangan spot. NodeOps ialah platform infrastruktur DePIN. Dagangan pasangan NODE/USDT akan bermula pada 30 Jun 2025, jam 10:00 pagi (UTC), manakala pengeluaran tersedia mulai 1 Julai 2025, jam 11:00 pagi (UTC).

NodeOps sedang membangunkan penyelesaian penuh untuk menjadikan pengkomputeran terdesentralisasi lebih mudah, boleh dipercayai dan boleh diakses secara besar-besaran. Reka bentuk seni binanya terdiri daripada dua lapisan: protokol asas NodeOps Network yang menyelaras infrastruktur fizikal terdesentralisasi (DePIN) serta rangkaian produk mesra pengguna seperti NodeOps Cloud, Console, Agent Terminal, Staking Hub dan Security Hub yang memudahkan proses penyebaran dan pengurusan. Di teras ekosistem ini ialah token NODE, yang memacu penyelarasan, memberi ganjaran atas kerja sebenar dan mentadbir rangkaian. Dengan model penciptaan-dan-pemusnahan token berasaskan hasil pendapatan, NODE mengekalkan nilai mampan, melindungi infrastruktur dan memberikan akses kepada ciri premium, sekaligus menyelaraskan insentif dan menyokong pertumbuhan jangka panjang merentasi ekosistem NodeOps. NodeOps Network telah membina asas bagi penyelarasan infrastruktur yang mampan dan boleh diskalakan mengikut permintaan sebenar, sambil mengekalkan elemen desentralisasi dan kelebihan kos yang menjadikan infrastruktur Web3 lebih unggul berbanding perkhidmatan awan tradisional.

Bitget terus memperluaskan tawarannya dengan mengukuhkan kedudukannya sebagai platform perdagangan mata wang kripto yang terkemuka. Bursa tersebut telah membina reputasi sebagai penyedia penyelesaian inovatif yang memperkasakan pengguna untuk meneroka kripto dalam ekosistem CeDeFi yang selamat. Dengan pelbagai pilihan yang merangkumi lebih 800 pasangan mata wang kripto serta komitmen untuk meluaskan tawaran kepada lebih 900 pasangan dagangan, Bitget menghubungkan pengguna kepada pelbagai ekosistem, termasuk Bitcoin, Ethereum, Solana, Base dan TON. Penambahan NodeOps sebagai salah satu portfolio Bitget menandakan langkah yang penting dalam mengembangkan ekosistem Bitget dengan membina hubungan dengan komuniti khusus dan memupuk inovasi dalam ekonomi tak terpusat, sekaligus mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk kepada pelbagai projek Web3.

Untuk maklumat lanjut mengenai NodeOps, layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Dengan memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/455f6a0f-61f1-4444-b37c-416c594a97a3


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service